Showing posts with label PHOTOGRAPHY. Show all posts
Showing posts with label PHOTOGRAPHY. Show all posts

Thursday, 8 December 2011

Apa yang lebihnya FULLFRAME???

     Fullframe....Fullframe...selalu saja terdengar fullframe bila time berdiskusi dengan rakan2 foto.Bila first berkecimpung dengan permainan foto ni,tak paham dgn fullframe nih.sbb kebiasaan DSLR seperti D3100,D5100,D90,D80,D7k,60D,1000D dan sbg.nya..Tapi bagi yg "new" mungkin dh anggap gmbar tu terbaek dah mcm aku dulu..haha.
Salah satu foto yang dihasilkan oleh Chot touch
Tapi..sebenarnya,tahukah anda bahwa gambar fullframe,lebih sexy dan dia punya feel.."pergh~mantap bangat beb"...patutlah bila aku bandingkan dengan gambar2 aku dgn yg otai fullframe,jauh beza...
ada sesetengah kata,tak perlu gadjet mahal-mahal...mencukupi dengan kemahiran yang boleh diusahakan serta kreatif.
 (YA,ITU BETUL)
Tapi,bagi aku Fullframe adalah pencarian aku selama ni..sbb apa?sbb aku minat..hehehe..waktu kecik dulu suka tengok gambar "National Geography" tapi bila dah ada DSLR sekarang nih tgok foto sekejap sangat rasa feel..ceh..hahaha
Dulu,waktu first beli x teringin pun sbb fullframe ni mahal..haha..tapi dalam foto,kegemaran aku adalah "Wide"dan aku rasa fullframe adalah yang terbaik dan aku nak beli satu hari nti...InsyaAllah..

kat bawah ni aku bagi sikit ape kelebihan-kelebihan yang ada pada kamera FullFrame..tak perlu banyak2.sikit2 blaja janji masuk dlm kepala...:) haha

Ada beberapa kelebihan yang dimiliki kamera full frame, diantaranya:

1. Tidak ada crop factor atau nilai crop factor 1, maksudnya kalau saya punya lensa lebar (wide) misal 18 mm ldan dipasang di kamera full frame hasilnya juga 18 mm (1 x 18), sedangkan kalau APS-C yg memiliki crop factor 1.62 maka 18 mm = 29 mm (1.62 x 18), jadi gambar tidak terlihat sepenuhnya, spt gambar yang hanya diwarna dibawah ini.

colour + monochrome = Full frame, only colour = APS-C 


Pada Canon, lens yang boleh dipakai untuk kamera full frame hanya tipe EF dan 
EF-L ( lens L ditandai dengan ring merah, memiliki kualiti optik yg terbaek). EF-S mungkin boleh dipakai di kamera full frame tp objek terlihat kecil dan tepinya ada border hitam tapi sikit lah..

 Kamera DX menggunakan sensor yang agak kecik, maknanya saiz sensor nya agak kecik berbanding dengan FX (full frame). kelebihannya kalau nk main zoom better guna DX sbb focal length akan di darabkan dengan 1.5 atau 1.6. DX atau crop sensor ini biasanya di panggil APS-C (Advanced Photo System Type C) dan APS-H. DX format ini kekurangannya ialah kalau nk main wide kene cari Ultra wide contoh Sigma 8-16mm untuk dpt kan wide angle.

2. Bestnya dari full frame katanya tidak se-noise APS-C, informasi ini  saya dapat dari artikel lain, belum pernah sy lihat sendiri. Jadi misalnya sama2 menggunakan ISO 1600, hasilnya tetap ada noise tapi tidak seteruk di APS-C.

 3. Kerana  ukuran sensornya besar, kemampuan sensor dalam menangkap cahaya juga semakin baik dan boleh mengatasi sewaktu cahaya yang terlalu terang dan gelap sehingga tidak akan terjadi kontras warna yang tinggi. 
Pada saat dunia digital digilai,membuatkan harga sensor sangat mahal. Jadi,sensor digital sebesar ukuran film 35mm harganya selangit, waktu itu hanya Canon 1Ds yang menggunakan sensor sebesar itu. Untuk menekan harga jual (sehingga boleh menjual lebih banyak) maka para pengilang  kamera membuat sensor dengan ukuran lebih kecil. Ukuran lebih kecil ini tentunya akan lebih murah dari segi kosnya. Maka munculah berbagai ukuran sensor yang baru.
 
 
4. Memiliki viewfinder yang besar, sehingga lebih sedap untuk melihat objek.hehehe...


Kekurangannya Full frame ni cuma 1, harganya MAHAL SANGAT biasanya sesuai untuk professional fotografer, tapi kalau memang benar2 ingin terjun di dalam dunia fotografi atau ada dana lebih,......
boleh fikir-fikir kembali untuk memilih kamera full frame.
che_meovara

CONTOH-CONTOH FULLFRAME KAMERA
CANON & NIKON


From Website : Canon Malaysia



From Website : Nikon Malaysia

HUH!!!!harga dia boleh beli Perodua Kelisa sebijik..hehe..tapi perlu ingat yang kereta xboleh tangkap gambaq..hahaha

Sebenarnya,model-model lain juga mempunyai fullframe dan untuk post ini hanya sekadar perkongsian kita bersama dan bukan untuk menghasut sesiapa untuk "buy this Dslr" or whatever just want to sharing something that we can called it,OWESOME!!!! :)


 Thank you for reading this entry !

Thursday, 17 November 2011

Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda?

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. 
Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

  
2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

credit to: 
Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
Copy from : http://www.facebook.com/alifsaufwan