Thursday 15 December 2011

PENAMPAR IMAM TUA (1 tindakan kepada 3 persoalan)

Ada seorang pemuda yang telah lama belajar di luar negara kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang di anggap tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau telah bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda : Pak Imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu.
Pemuda : Pak Imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang telah saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, InsyaAllah.
Pemuda :
1) Kalau benar Tuhan itu ada,tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya?
2) Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3) Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan syaitan, sebeb mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu??

Dengan spontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa Pak Imam marah kepada saya?
Pak Imam : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.
Pemuda : Saya tidak faham...????
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih..!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya...!
Pak Imam : Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh Pak Imam...!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak,kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak??
Pemuda : Tidak...!!?
Pak Imam : Adakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini/
Pemuda : Tidak...!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging...!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih...!!!?
Pakm Imam : Itulah!!!Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan...walaupun sama unsur asalnya...

Gambar sekadar hiasan



by Siti Nazirah Bt Saimi on Thursday, November 24, 2011 at 5:53pm
Note on Facebook



Thank you for reading this entry !


No comments:

Post a Comment